JAKARTA – BANDUNG

4H3M JAKARTA – BANDUNG

RM 1350.00

HARI 1 : KLIA – JAKARTA – BANDUNG ( L / D )

Tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta, di jemput oleh tour guide, setelah menaiki bas terus menuju ke Bandung. Berhenti makan tengahari dalam perjalanan. Setelah sampai di Bandung terus check in hotel dan istirehat. City tour Shopping di Factory Outlet Jalan Dago. Balik ke hotel, dan acara bebas.

 

HARI 2 : BANDUNG ( B / L / D )

Setelah selesai sarapan pagi, menuju ke tempat membeli belah yang terkenal di Bandung, Pasar Baru. Disini terdapat pelbagai pilihan baju-baju, telekung, kain pasang, beg tangan, kasut dan pelbagai lagi barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah. Para peserta perlu bijak memilih kualiti dan perlu tawar menawar harga secara berhemah. Makan tengahari dan solat. Sambung kembali aktiviti membeli belah sehingga pasar ini ditutup jam 5 petang. Kemudian membeli belah Factory Outlet Jalan Riau dan Toko 3. Makan malam dan balik ke hotel, acara besar.

 

HARI 3 : BANDUNG ( B / L / D )

Setelah selesai sarapan pagi, langsung ke Kawah Putih. Kawah Putih merupakan tempat dimana bekas letusan Gunung Berapi yang masih aktif. Air didalam tasik ini dikatakan mampu menyembuh penyakit kulit. Setelah selesai disini terus makan tengahari dan menuju pulang ke Kota Bandung. Aktiviti membeli belah di Cibaduyut. Kawasan ini terkenal dengan kedai-kedai menjual barangan kulit yang sangat murah dan berkualiti.  Makan malam dan balik ke hotel,acara bebas.

 

HARI 4 : BANDUNG – JAKARTA – KLIA ( B / L)

Setelah selesai sarapan pagi, langsung ke Tanah Tinggi Tangkuban Perahu.Kawasan ini adalah kawasan kawah letusan gunung berapi yang masih aktif. Disini terdapat aktiviti membeli belah, dan harganya agak mahal dari kedai-kedai di sekitar Kota Bandung. Selesai disini langsung menuju ke Jakarta untuk menanti penerbangan pulang.

 

End Off Service !!